Aqiqah di Makkah bersama DHUYUFF
Berita baik buat ibu dan ayah yang mencari syarikat pengendali akikah terbaik. Kami di Dhuyuff Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan untuk melaksanakan ibadah akikah di Mekah. Kami merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan akikah sejak 2018.
Ibadah akikah dilaksanakan sebagai tanda menzahirkan kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata. Antara kelebihan akikah ialah Allah swt akan pelihara dan bersihkan anak daripada segala keburukan. Rasulullah s.a.w bersabda:
مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada akikahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”. [Riwayat Al Bukhari: 2839]
Kenapa di Mekah?
✅ Bantu jimatkan perbelanjaan & masa anda daripada mengadakan majlis akikah.
✅ Harga kambing di Mekah lebih murah.
✅ Rebut pahala berganda akikah di tanah suci Mekah.
Di sini kami senaraikan kelebihan melaksanakan akikah bersama Dhuyuff Travel & Tours Sdn Bhd:
✅ Kami merupakan sebuah syarikat berdaftar bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
✅ Tempahan akikah boleh dilaksanakan secara atas talian.
✅ Percuma khidmat nasihat berkenaan akikah
✅ Percuma sijil ukiran kayu
✅ Percuma penghantaran saguhati akikah.
✅ Tiada caj tersembunyi
✅ Servis yang mesra dan profesional
Cara untuk mendaftar
Terdapat dua cara untuk mendaftar. Pertama, boleh mengisi maklumat secara atas talian melalui sistem OnPay.
Kedua, boleh mendaftar secara manual dengan menghubungi nombor khidmat pelanggan kami iaitu 03 89204992. Bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB Bank Dhuyuff Travel & Tours Sdn Bhd 8604698132
Jom daftar segera sementara kekosongan masih anda. Sekiranya terdapat sebarang persoalan boleh hubungi kami. Insyallah kami akan membantu anda untuk melaksanakan ibadah akikah. Semoga Allah swt menerima amalan ini.
Berapa harga akikah bagi tahun ini?
Harga akikah seekor kambing bagi tahun ini hanya bernilai RM550 sahaja. Tiada caj tersembunyi !.
LAFAZ AKAD TEMPAHAN
بسم الله الرحمن الرحيم
" Saya (NAMA) menyerahkan (RM) kepada DHUYUFF TRAVEL & TOURS bagi menempah dengan akad salam (JUMLAH) ekor kambing yang sempurna syarat untuk Aqiqah bagi diri saya saya kerana Allah Taala."
LAFAZ AKAD WAKALAH
بسم الله الرحمن الرحيم
"Saya (NAMA) mewakilkan kepada DHUYUFF TRAVEL & TOURS untuk mewakilkan sesiapa menerima di Mekah kambing yang saya telah tempah bagi pihak saya dan saya mewakilkan kepada DHUYUFF TRAVEL & TOURS untuk menguruskan ibadah aqiqah bagi pihak saya dari segi niat , sembelihan dan agihan kerana Allah Taala."
LAFAZ NIAT QURBAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan ini saya wakilkan kepada Dhuyuff Travel & Tours atau wakilnya sebanyak ....................... ekor / bahagian di atas bagi membeli dan menyempurnakan aqiqah bagi diri dan milik saya. Saya juga bersetuju dengan rela mengizinkan pihak tuan mengagihkan pembahagian daging aqiqah dan jika ada lebihan wang, saya rela wang itu digunakan untuk perbelanjaan berkaitan.
 (594 × 300 mm).jpg)