Qurban di Makkah bersama DHUYUFF
“Tahun ini ada perancangan untuk melaksanakan ibadah qurban. Tapi tak tahu macam mana nak mendaftar. Risau pula kalau ada scammer yang ambil kesempatan”
Jangan bimbang untuk menjadikan Dhuyuff Travel & Tours Sdn Bhd sebagai wakil yang akan menguruskan ibadah qurban bagi pihak anda. Kami mempunyai pengalaman yang luas dalam melaksanakan qurban dengan kuantiti yang banyak.
Selain itu, kami juga malaksanakan ibadah qurban dengan sistematik bermula daripada pendaftaran sehinggalah anda menerima cenderahati qurban. Qurban merupakan amalan terbaik yang boleh kita lakukan pada hari raya aidil adha nanti.
Rasulullah SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah swt sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berqurban).”
Tahukah anda yang rasulullah s.a.w sendiri telah menyembelih 63 ekor binatang qurban pada haji wida, bersempena 63 tahun usia rasulullah s.a.w. Jika ada kemampuan laksanakanlah qurban untuk diri sendiri ataupun mewakili keluarga. Sekurang kurangnya satu bahagian, dan kalau boleh setiap tahun inshaAllah pahalanya sangat besar yang tidak dapat di ganti dengan amalan lain.
Di sini kami senaraikan kelebihan melaksanakan qurban bersama Dhuyuff Travel & Tours Sdn Bhd:
✅ Kami merupakan sebuah syarikat berdaftar bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
✅ Tempahan qurban boleh dilaksanakan secara atas talian.
✅ Percuma khidmat nasihat berkenaan qurban
✅ Percuma sijil ukiran kayu
✅ Percuma penghantaran cenderahati qurban.
✅ Tiada caj tersembunyi
✅ Servis yang mesra dan profesional
Cara untuk mendaftar
Terdapat dua cara untuk mendaftar. Pertama, boleh mengisi maklumat secara atas talian melalui sistem OnPay.
Kedua, boleh mendaftar secara manual dengan menghubungi nombor khidmat pelanggan kami iaitu 03 89204992. Bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB Bank Dhuyuff Travel & Tours Sdn Bhd 8604698132
Jom daftar segera sementara kekosongan masih anda. Sekiranya terdapat sebarang persoalan boleh hubungi kami. Insyallah kami akan membantu anda untuk melaksanakan ibadah qurban. Semoga Allah swt menerima amalan ini.
Berapa harga qurban bagi tahun ini?
Harga qurban kambing bagi tahun ini hanya bernilai RM550 sahaja. Tiada caj tersembunyi !.
LAFAZ AKAD TEMPAHAN
بسم الله الرحمن الرحيم
" Saya (NAMA) menyerahkan (RM) kepada DHUYUFF TRAVEL & TOURS bagi menempah dengan akad salam (JUMLAH) ekor kambing yang sempurna syarat untuk Qurban bagi diri saya saya kerana Allah Taala."
LAFAZ AKAD WAKALAH
بسم الله الرحمن الرحيم
"Saya (NAMA) mewakilkan kepada DHUYUFF TRAVEL & TOURS untuk mewakilkan sesiapa menerima di Mekah kambing yang saya telah tempah bagi pihak saya dan saya mewakilkan kepada EMRAZ TRAVEL & TOURS untuk menguruskan ibadah qurban bagi pihak saya dari segi niat , sembelihan dan agihan kerana Allah Taala."
LAFAZ NIAT QURBAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan ini saya wakilkan kepada Dhuyuff Travel & Tours atau wakilnya sebanyak ....................... ekor / bahagian di atas bagi membeli dan menyempurnakan qurban bagi diri dan milik saya. Saya juga bersetuju dengan rela mengizinkan pihak tuan mengagihkan pembahagian daging qurban dan jika ada lebihan wang, saya rela wang itu digunakan untuk perbelanjaan berkaitan.
 (594 × 300 mm).jpg)